Encik Nuffnang

August 10, 2014

DIY Batik Skirt 6 Panels High-Waisted Skirt

Ada orang tak tau DIY tu apa. DIY tu abbreviation  untuk Do It Yourself. So, it is my raya project. Buat sendiri lagi senang, puas hati, belajar benda baru and best laa pastu boleh complaint kat diri sendiri.Hihi.

Aku merupakan tukang jahit amateur. Setakat jahit seluar or baju tertetas terkoyak tu boleh aa. Pernah juga jahit sleeveless dress..boleh laa. Setakat jahit butang baju sekolah anak boleh laa (ehh kauu).

Personally, menjahit ni perlukan imaginasi yang tinggi, ketekunan dan kesabaran tidak lupa juga minat. Kalau tak minat langsung salah sikit je confirm kau give-up terus.

High-Waisted Skirt Template DIY. Uhh abaikan tulisan burukku.
Okay, memandangkan aku adalah super beginner, aku jahit skirt ni ikut imaginasi aku, pengiraan aku dan idea idea muncul setelah tengok diy skirt kat youtube.

Aku suka high-waisted skirt. Sebab bila pakai fefeling ramping gitu. Hahaha. So, dah start menanda kain, kick your sewing machine!

*Anyway kan, lagi senang sebenarnya guna kertas buat template satu, lepastu tekap je then boleh gunting. Tak perlu buang masa nak ukur satu satu panel. Hihihi



This is my first time working with zipper. Not bad :P haha. Kengkonon macam cantik je skirt ni, tapi tak kemas punn. Am a beginner okay?  Dan hasilnya...................................


DIY  Batik Skirt

By the way, ada isu sikit dalam family aku...sedara semua dari perak. Mula-mula aku pakai skirt ni, tulang kain ni aku pakai kat belakang. Lepas tu diorang gelak. Tulangnya kat depan kata mereka...baru cantik. So aku argue laaa, mak ajar pakai kain batik tulang kat belakang. Kalau kain pelikat ke, songket ke...tulangnya kat belakang.

Lepastu, diorang kata lelaki je pakai kat belakang. Kalau perempuan pakai kain batik tulangnya di depan, ikut lipatan. Haaaa biar betul? tak pernah nampak pun sebelum ni..... -,-

Pastu aku tanya jiran pantai timur pula, katanya pakai kat belakang. Well, mana satu sebenarnya...pakai kat depan ke, belakang? :O

No comments:

Ikutan