Encik Nuffnang

August 11, 2014

DIY Hantaran: Apple Chocolate

Assalamualaikumm.

DIY lagiiiii. Hihi. Kali ni hantaran pulak. Ehhh bukan aku punya, tapi kawan baik saya punya. Dia request nak sesuatu yang unik, so dia nak Apple Chocolate. So dia pun bagi sekeping gambar as herbasic idea untuk hantaran tu. Senang je....tapi aku tak tahu lah desap ke makan apple dengan chocolate. Haha sorry kureng minat.

So, majlis bertunang Cil Ily ni buat hari Jumaat malam, hari raya ke 5. So since majlis malam, khamis tu aku p la cari barang. Warna tema, pink peach n creme. Barang-barang yang diperlukan takdelah rumit pun. Chocolate, apple, kekacang, ribbon etc.

Apple Chocolate for hantaran

"Love Skewer" tu beli dekat kedar Mr Diy kat perak. Murah jeeee berapa batang dah 90 sen. Hehehehe saja beli mula-mula. So, since bekerja dengan chocolate, taknak laa buat awal proses celup epal dalam coklat kan. Nanti cair meleleh pulaa, maklumlaaa duduk Malaysia kan. So, dari A sampai Z buat hari yang sama, this project was started rite after solat Zohor. So, mula-mula, cairkan coklat. Epal wajib diberus, dibasuh dah dilap kering sebelum celup coklat. So lepas tu, biar lebihan coklat menitis jatuh atas cooling rack. Sementara tu, buat kotak hiasan. 




Kotak beli dekat Daiso IOI Mall Puchong. Asalnya, kotak biasa je, yang dipotong dengan gigih dan ditampal dengan plastic cover, supayah boleh nampak dalam. Kotak bertingkap gitewwww. Lepas tu lekat bunga-bunga dedaun. Letak tepi.



Apple Chocolate for hantaran. 



Part nak melukis gambar lelaki propose his girl ni agak susah sebab coklatnya hampehhhhzzz berketul. So dia keluar tersekat-sekat. As long as tanya mak, and dia nampak gambar apa. Okay la tu kan.....teheheheh.








Dan akhirnya this is my final product.......so sad takde gambar close-up. Sebab kelam kabut ambil kawan-kawan yang tersesat. Haha...what a day.


Haaa nampak kan gambar proposal tuuu. Hehe I consider this window-box pun DIY juga. Bukan senang nak potong kotak kadbod yang bahagian body tuu. Hehe. Tahniah Cik Ily Nur Nadiah. Tunangan orang sekarang. My lovely Gangpantry members.









Last but not least, positive feedback from my "client". Hahaha alhamdulillah....





August 10, 2014

DIY Batik Skirt 6 Panels High-Waisted Skirt

Ada orang tak tau DIY tu apa. DIY tu abbreviation  untuk Do It Yourself. So, it is my raya project. Buat sendiri lagi senang, puas hati, belajar benda baru and best laa pastu boleh complaint kat diri sendiri.Hihi.

Aku merupakan tukang jahit amateur. Setakat jahit seluar or baju tertetas terkoyak tu boleh aa. Pernah juga jahit sleeveless dress..boleh laa. Setakat jahit butang baju sekolah anak boleh laa (ehh kauu).

Personally, menjahit ni perlukan imaginasi yang tinggi, ketekunan dan kesabaran tidak lupa juga minat. Kalau tak minat langsung salah sikit je confirm kau give-up terus.

High-Waisted Skirt Template DIY. Uhh abaikan tulisan burukku.
Okay, memandangkan aku adalah super beginner, aku jahit skirt ni ikut imaginasi aku, pengiraan aku dan idea idea muncul setelah tengok diy skirt kat youtube.

Aku suka high-waisted skirt. Sebab bila pakai fefeling ramping gitu. Hahaha. So, dah start menanda kain, kick your sewing machine!

*Anyway kan, lagi senang sebenarnya guna kertas buat template satu, lepastu tekap je then boleh gunting. Tak perlu buang masa nak ukur satu satu panel. Hihihi



This is my first time working with zipper. Not bad :P haha. Kengkonon macam cantik je skirt ni, tapi tak kemas punn. Am a beginner okay?  Dan hasilnya...................................


DIY  Batik Skirt

By the way, ada isu sikit dalam family aku...sedara semua dari perak. Mula-mula aku pakai skirt ni, tulang kain ni aku pakai kat belakang. Lepas tu diorang gelak. Tulangnya kat depan kata mereka...baru cantik. So aku argue laaa, mak ajar pakai kain batik tulang kat belakang. Kalau kain pelikat ke, songket ke...tulangnya kat belakang.

Lepastu, diorang kata lelaki je pakai kat belakang. Kalau perempuan pakai kain batik tulangnya di depan, ikut lipatan. Haaaa biar betul? tak pernah nampak pun sebelum ni..... -,-

Pastu aku tanya jiran pantai timur pula, katanya pakai kat belakang. Well, mana satu sebenarnya...pakai kat depan ke, belakang? :O

December 09, 2013

Tragedi Norwegian Salmon

Assalamualaikum

Haritu g pasar borong Selangor, dekat dekat Equine Park tuu. Pusing2 dengan Puan Embun. Mak oiii mahalnya udang sekarang. Standard dulu udang kertas besar tu baru RM20++ ni dah sampai tahap RM35 paling murah. Heshh siapa supplier besar udang2 ni haa :|

*******
Dalam dok round-round tu tetiba terrrpaku terrrnampak salmon. Erghh sedapnyaa dulu masa keje kitchen PWTC la belajar makan walaupun makan leftover but still yummy ok. Semalamnya tengok salmon kat Mydin USJ tu ehh kaler dia macam pale sangat je macam pelik je macam tak best je. So ni dah terrrjumpa kat pasar ni dengan warna oren terangg apa lagi. Maka bertanya laa aku pada anak lelaki (15 tahun mungkin) kepada Ah So itu:

                                              Salmon tu berapa sekilo?
                                              Ini satu kilo lima puluh linggit. You nak belapa slice?
                                              Ehh mahalnyaa, semalam I tengok doploh ringgit lebih jeee
                                              Aiyaa itu Salmon Thailand punya. Ini Norwegian maa. Mahat (mahal)
                                              So, you nak berapa slice?

*Dalam hati: whattt??? Thailand ada salmon? Oh mungkin sebab tu warna tak sama kot.lain negara -,-

                                              *berkira-kira...Ok bagi 2 slice

 so pekerja dia pun potong salmon tuuu then timbang dannn...dannn... Ah So pun dengan kekonon pro tekan kalkulator....


                                              Ini enam latut glam (600gm), tiga pulu lima linggit

                *Keluar duit sambil buat calculation dalam otak, tapi malang, tak berfungsi sebab masih pagi

                                                        Ok nahh
                                                        Tenkiu aa Ah Moi 
                                                      *ehh aku sepet ke?

Pastu dalam kereta dok kira2 guna kukulator ni. Pesai tak puas hati nape macam mahal. Haaaa kannn dah kena tipu RM5! 600gm baru tiga puluh hengget hokayy.tskkk pepagi dah tipu anak yatim macam aku. Aku tak rasa pun kau salah kira. Blerghh takpelah, tu sebab kena jadi pandai *tetiba

Then, time to cook the salmon. As aku suka makan benda yang simple2, barang pun tak complicated dan wajibb ikut tekak sendirii. What's the menu? Grilled Salmon with Sauteed Baby French Bean served with Potato Salad and Bechamel.Wahhhh gitewwww.


Salmon tu basuh la sebersihnya then gaul dengan garam sikit and crushed black peppercorn. Panaskan pan-griller ni (Jenama Avon) masukkan butter dalam tu (better guna olive oil, cantik sikit) then grill sampai masak.


Sambil-sambil tu kupas sedikit kentang, potong cube and rebus (kalau ikut SOP kentang tu basuh bersih2, steam/rebus and masa panas2 kena kupas kulit dia then baru potong cube) and bila dah empuk, biar sejuk. Then gaul dengan sedikit mayonnaise, chopped carrot dan sikit daun bawang.

Lepas tu basuh baby french bean atau melayunya kacang buncis bayi ehh kacang buncis yang bersaiz halus. Dalam pan lain, masuk sikit butter, saute french bean tersebut.letak garam sikit. set aside.

Untuk sos, suka guna bechamel. Sebab creamy. Hihi bechamel ni one of the mother sauce. Selalu kita guna dalam lasagna :) Okayy semua dah siap, dah boleh makannnnn. Salmon ni menyenyangkan. Makan jam 1230 sampai jam 1800 pun tak lapar lagi

Grilled Salmon with Sauteed Baby French Bean served with Potato Salad and Bechamel

Mengapa bechamel warna begitu? haha ni gelojoh namanya. butter panas sangat pastu terus masuk tepung. Takpela, janji bestttttt

***************

Sibuk2 ni dok gooooogle pasal salmon dari Thailand. Heshhh takde satu pun article. Ok kena tipu lagiikkk!! Then tetiba terbaca satu article ni macam cakap  Jangan Makan Salmon!! 

Gulppp.


                                    
                                            

October 30, 2011

27 Oktober 2011

Eheh.tetiba rindu pulak kat Wani.so ajak dia lunch kat IOI Mall.weee dapat jumpa sekejap je share lot of packed stories.lama tak update diri masing masing. so Kenny Rogers Roasters aje laa jawabnye.


Ini semua budak kecik tu makan!

************************
Then lepas beramah mesra, shoot Mid Valley pulak. Met someone. Dia nak tengok movie. Gambar?ehh mana boleh.privasi!hehe gambar tiket wayang ada la :D

Aku jumpa dua-dua penguat semangat harini.Alhamdulillah<3


Happy Birthday Qaseh Qaisara!

This little naughty bambam girl reached 2 years-old on October 19,2011.




ahah.that is Rainbow buttercake for celebration with her nanny and friends.




yang atas tu moist-choc cake with undress baby-doll.hehe n yang bawah adalah orange cake.yang ini terbang ke Ipoh untuk sambutan with our beloved family members.

Nurhadja with Qaseh

ehh budaak kecik, you ingat you hot ke celebrate sampai dua kali hah? :D


*******************






yang ini carrot cake.untuk celebrate bakal husband kakak aku punya birthday + welcome back from Lebanon. hah kau tulis sendiri la ye,my writing is soooo b** ;P



Next project? ehee wait and see <3

October 13, 2011

Girls :)

Aku ingin mencari cinta yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya

Ikutan