Encik Nuffnang

August 15, 2010

Abah..

(ALFATIHAH, 11 Dec 1948 - 10 Aug 2010)
terlalu cepat abah pergi..
abah tinggalkan mak..
abah tinggalkan adik..
abah tinggalkan kami...

tak apalah..kami REDHA dengan ketentuan-NYA.

abah,
abah pergi sehari sebelum Ramadhan.
hari selasa.
orang jawa kata,orang yang pergi hari selasa or jumaat ni orang baik.
ye,abah memang baik..
buka puasa abang long yg baca doa,
janggalnye,kn biasa abah yg baca..
tak dengar dah suara abah kat surau masa terawikh.
rindu....

abah,
mak selalu nangis, rindu kat abah.
adik pun.
terlalu rindu.
cepatnye abah pergi.
tak sangka.
semua tak sangka.
terkilan sebab tak dapat jumpa abah.
adik tengok abah hembus nafas terakhir senang je.
mak dengan adik je masa tu. :(

abah,
adik rindu kat abah.
rindu sangat sangat.
adik rindu nak dengar abah bising pasal pakai selipar bila naik moto.
adik rindu nak peluk abah.
adik rindu nak kupas buah untuk abah.
adik rindu nak sorok sorok belikan abah air f&n hijau sebab nanti ken marah.
adik rindu semuanya.
sungguh :'(

abah,
abah selalu cakap abah tak dapat tidur,
sekarang abah dah tidur nyenyak.
Hanya doa, surah Yaasin dan Alfatihah untuk lepaskan rindu kat abah.


Tabahkanlah hati kami Ya Allah..
Tempatkanlah arwah abahku dalam kalangan hambaMu yg soleh.

2 comments:

.:iEyaaYaya:. said...

sabar ye jaja
banyak kan berdoa

Cik Ja said...

thanks ieya :')

Ikutan