Encik Nuffnang

August 11, 2014

DIY Hantaran: Apple Chocolate

Assalamualaikumm.

DIY lagiiiii. Hihi. Kali ni hantaran pulak. Ehhh bukan aku punya, tapi kawan baik saya punya. Dia request nak sesuatu yang unik, so dia nak Apple Chocolate. So dia pun bagi sekeping gambar as herbasic idea untuk hantaran tu. Senang je....tapi aku tak tahu lah desap ke makan apple dengan chocolate. Haha sorry kureng minat.

So, majlis bertunang Cil Ily ni buat hari Jumaat malam, hari raya ke 5. So since majlis malam, khamis tu aku p la cari barang. Warna tema, pink peach n creme. Barang-barang yang diperlukan takdelah rumit pun. Chocolate, apple, kekacang, ribbon etc.

Apple Chocolate for hantaran

"Love Skewer" tu beli dekat kedar Mr Diy kat perak. Murah jeeee berapa batang dah 90 sen. Hehehehe saja beli mula-mula. So, since bekerja dengan chocolate, taknak laa buat awal proses celup epal dalam coklat kan. Nanti cair meleleh pulaa, maklumlaaa duduk Malaysia kan. So, dari A sampai Z buat hari yang sama, this project was started rite after solat Zohor. So, mula-mula, cairkan coklat. Epal wajib diberus, dibasuh dah dilap kering sebelum celup coklat. So lepas tu, biar lebihan coklat menitis jatuh atas cooling rack. Sementara tu, buat kotak hiasan. 




Kotak beli dekat Daiso IOI Mall Puchong. Asalnya, kotak biasa je, yang dipotong dengan gigih dan ditampal dengan plastic cover, supayah boleh nampak dalam. Kotak bertingkap gitewwww. Lepas tu lekat bunga-bunga dedaun. Letak tepi.



Apple Chocolate for hantaran. 



Part nak melukis gambar lelaki propose his girl ni agak susah sebab coklatnya hampehhhhzzz berketul. So dia keluar tersekat-sekat. As long as tanya mak, and dia nampak gambar apa. Okay la tu kan.....teheheheh.








Dan akhirnya this is my final product.......so sad takde gambar close-up. Sebab kelam kabut ambil kawan-kawan yang tersesat. Haha...what a day.


Haaa nampak kan gambar proposal tuuu. Hehe I consider this window-box pun DIY juga. Bukan senang nak potong kotak kadbod yang bahagian body tuu. Hehe. Tahniah Cik Ily Nur Nadiah. Tunangan orang sekarang. My lovely Gangpantry members.









Last but not least, positive feedback from my "client". Hahaha alhamdulillah....





August 10, 2014

DIY Batik Skirt 6 Panels High-Waisted Skirt

Ada orang tak tau DIY tu apa. DIY tu abbreviation  untuk Do It Yourself. So, it is my raya project. Buat sendiri lagi senang, puas hati, belajar benda baru and best laa pastu boleh complaint kat diri sendiri.Hihi.

Aku merupakan tukang jahit amateur. Setakat jahit seluar or baju tertetas terkoyak tu boleh aa. Pernah juga jahit sleeveless dress..boleh laa. Setakat jahit butang baju sekolah anak boleh laa (ehh kauu).

Personally, menjahit ni perlukan imaginasi yang tinggi, ketekunan dan kesabaran tidak lupa juga minat. Kalau tak minat langsung salah sikit je confirm kau give-up terus.

High-Waisted Skirt Template DIY. Uhh abaikan tulisan burukku.
Okay, memandangkan aku adalah super beginner, aku jahit skirt ni ikut imaginasi aku, pengiraan aku dan idea idea muncul setelah tengok diy skirt kat youtube.

Aku suka high-waisted skirt. Sebab bila pakai fefeling ramping gitu. Hahaha. So, dah start menanda kain, kick your sewing machine!

*Anyway kan, lagi senang sebenarnya guna kertas buat template satu, lepastu tekap je then boleh gunting. Tak perlu buang masa nak ukur satu satu panel. Hihihi



This is my first time working with zipper. Not bad :P haha. Kengkonon macam cantik je skirt ni, tapi tak kemas punn. Am a beginner okay?  Dan hasilnya...................................


DIY  Batik Skirt

By the way, ada isu sikit dalam family aku...sedara semua dari perak. Mula-mula aku pakai skirt ni, tulang kain ni aku pakai kat belakang. Lepas tu diorang gelak. Tulangnya kat depan kata mereka...baru cantik. So aku argue laaa, mak ajar pakai kain batik tulang kat belakang. Kalau kain pelikat ke, songket ke...tulangnya kat belakang.

Lepastu, diorang kata lelaki je pakai kat belakang. Kalau perempuan pakai kain batik tulangnya di depan, ikut lipatan. Haaaa biar betul? tak pernah nampak pun sebelum ni..... -,-

Pastu aku tanya jiran pantai timur pula, katanya pakai kat belakang. Well, mana satu sebenarnya...pakai kat depan ke, belakang? :O

Ikutan